Sunday, December 26, 2010
ZAC : AirAsia A320-216 (9M-AHL)
Airline : AirAsia
Aircraft : Airbus A320-216
Reg # : 9M-AHL
Engines : 2 CFM56-5B6/P
Made : Phoenix
Scale : 1:400
Desc. : "2008 - Normal livery the first large title AirAsia".
ZAC - Zeme Aircraft Collection.
Friday, December 24, 2010
BouSteaD TeroKai BisNes CarTar UdaRa..
Berikutan itu satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Boustead dengan DRIR dan Tulus Sejagat Sdn Bhd bagi tujuan membeli 10.2 juta saham biasa bernilai RM1 setiap satu dalam MHS Aviation Berhad mewakili 51% kepentingan ekuiti dalamnya dan 51% lagi kepentingan ekuiti dalam sebuah SPV yang akan membeli semua helikopter dan pesawat yang dimiliki oleh anak-anak syarikat DRIR.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Boustead berkata pada 20 Ogos 2010, Petronas Carigali Sdn Bhd memberikan kontrak kepada MHS Aviation untuk menyediakan pesawat sayap putaran, peralatan dan servis (bagi pesawat jenis berat - EC225) bagi tempoh sepuluh tahun dengan pilihan untuk melanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi bermula 1 April 2011 hingga 31 Mac 2021.
"Lembaga percaya kontrak baharu itu yang diperoleh oleh MHS Aviation daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dan kontrak-kontrak syarikat lain berjumlah kira-kira RM3.1 bilion bagi tempoh lebih 10 tahun, akan memastikan pendapatan berterusan daripada perniagaan sewa udara dan penggunaan pesawat bagi faedah kumpulan Boustead" kata syarikat itu.
Justeru itu, penerokaan ke dalam peniagaan sewa udara akan dijalankan bersama dengan pemegang saham sedia ada MHS Aviation yang akan masih memegang 49 peratus kepentingan dalam MHS Aviation bagi memperoleh dan mengekalkan pengalaman dan kepakaran yang diperlukan dalam perniagaan penyewaan udara. Sekiranya cadangan pengambilalihan itu menjadi kenyataan, ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan Boustead.
Thursday, December 16, 2010
DisemBer KUL-KBR-KUL
Suasana bandar halaman Kota Bharu Bandaraya Islam begitu mendamaikan, sesuai untuk merehatkan otak dan badan dari kepenatan kerja di kota Metropolitan KL. Selain balik menjenguk famili, misi balik kampung pada kali ini untuk melihat sejauh mana progress kerja-kerja menaik taraf kamar tidur aku sejak awal bulan November lagi oleh kontraktor dilantik iaitu Pok Mey. Kamar bilik tidur aku diubahsuai dengan kerja-kerja menyiapkan satu unit kamar mandi didalamnya. Alhamdullilah kamar mandi sudah siap hampir 95% dan hanya tinggal kerja-kerja terakhir mengecat serta finishing. Diharapkan, aku dapat merasmikan kamar mandi baru ini semasa balik kampung Januari awal tahun depan.
Pejam celik percutian hari minggu sabtu dan ahad begitu teramat singkat, sebagaimana rutin biasa aku berangkat pulang ke KL penerbangan lewat waktu malam hari ahad. Semasa checkin, aku ada menanyakan pegawai AirAsia bertugas berkenaan caj yuran tambahan sekiranya menggunakan kaunter untuk daftar masuk. Katanya, ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini dan mesin kiosk Checkin AirAsia juga telah disediakan di Airport KB untuk kegunaan penumpang-penumpang. Cuma setakat ini hanya terdapat 1 unit sahaja mesin kiosk tersebut, itupun lokasi diletakkan agak tersorok di bahagian paling hujung berhampiran kaunter daftar masuk. Aku juga perhatikan dalam Balai Perlepasan jika sebelumnya lantai beralas karpet tapi kini telah ditukarkan kepada lantai jubin yang baru selain dinding-dinding dalam terminal di cat baru. Tapi aku berharap klimaks selepas kerja-kerja menaik taraf Airport KB siap sepenuhnya, ia akan diberikan status Lapangan Terbang Antarabangsa. InsyaAllah.
Mungkin penerbangan malam itu tuah badan aku diberikan tempat duduk 4E yang merupakan "Hot Seat" bagi penerbangan pesawat AirAsia walaupun aku tidak menempah "Hot Seat" tanpa perlu membayar apa-apa caj tambahan. Aku anggap ini hadiah penghargaan kerana aku selalu menggunakan perkhidmatan AirAsia. Keistimewaan "Hot Seat" ini selain ruangan yang sedikit luas berbanding tempat duduk biasa penumpang diberikan keutamaan menaiki pesawat terlebih dahulu. Pesawat dinaiki Airbus 320-216 AK5295 KBR-KUL rego 9M-AFS selamat berlepas meninggalkan airport KB jam 22:10 dan selamat mendarat di LCCT sekitar jam 23:10.
Monday, December 13, 2010
AirAsiA : CaJ Check-IN KaunTer..
Mengikut kenyataan CEO AirAsia, dalam tempoh 3 bulan seterusnya pihak AirAsia bakal melaksanakan polisi terbaru mengenakan caj yuran tambahan yang sepatutnya telah dilaksanakan bermula 6 Oktober 2010 lepas bagi setiap penumpang per sektor sekiranya daftar masuk menggunakan kaedah konvensional iaitu melalui kaunter di lapangan terbang. Secara berperingkat kini terutamanya di lapangan terbang Terminal LCC Sepang, AirAsia giat menjalankan kempen "Self Check-In" dan bermula 1 November 2010 pihak AirAsia telah mengurangkan serta menutup kaunter daftar masuk ke sesetengah laluan seperti Kota Bharu (KBR), Kuala Terengganu (TGG), Bandar Seri Bagawan (BWN), Johor Bahru (JHB) serta laluan antara Malaysia. Kebanyakan kaunter daftar masuk kini telah ditukarkan menjadi kaunter penyerahan bagasi.
Maka bersedialah sekiranya semasa berurusan daftar masuk penerbangan di kaunter AirAsia, anda diminta melunaskan caj yuran tambahan daftar masuk yang akan membuatkan anda terpinga-pinga dan pasti banyak persoalan akan diutarakan antaranya mengapa, kenapa, bila dan akhirnya berapa?
Friday, December 10, 2010
PorsChe PanamEras MeNanTi di KLIA..
Thursday, December 9, 2010
MaLaYsia AirLines : PreFerred SeaT at NoMinaL Fee
To ensure you get the seat of choice way in advance, you can also select your seat when you book online or through our Manage My Booking facility at a nominal fee.
Source : Malaysia Airlines
Wednesday, December 8, 2010
MaLaYsia AirLines GuNa PorsChe PanamEras
Malaysia Airlines (MH) menawarkan perkhidmatan penukaran yang sangat eksklusif khas untuk membawa serta menghubungkan penumpang-penumpang tersebut dari bangunan Terminal Main ke bangunan Terminal Satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA menggunakan kereta mewah Porsche Panameras. Penawaran perkhidmatan ini dilaksanakan buat sementara disebabkan penutupan perkhidmatan KLIA Aerotrain sehingga Mac 2011 atas kerja-kerja menaiktaraf.
Penumpang-penumpang Premium Malaysia Airlines akan diberikan kad undangan "Priority Transfer" semasa mereka mendaftar masuk di Row D KLIA. Selain di kaunter daftar masuk, ia boleh didapati di Regional Lounge dekat bangunan Terminal Main, Golden Lounge di bangunan Terminal Satelit dan juga melalui Pembantu Operasi Lapangan Terbang di pintu G1.
ZAC : Malaysia Airlines A330-223 (9M-MKW)
Tuesday, December 7, 2010
MaaL HiJraH 1 MuhaArraM 1432H..
Maal Hijrah.mp3 |
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
song by al ajiba - maal hijrah
Salam Maal Hijrah 1432H ikhlas daripada Izarul Azman..
Monday, December 6, 2010
MAS : TraGedi 4 DisEmBer TanJonG KuPanG..
Namun pesawat malang tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan sebaliknya Kapten G.K Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menerbangkan pesawat menuju ke Singapura. Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama 7 krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.
Selain juruterbang Kapten G.K Ganjoor dan pembantunya Kamarulzaman Jalil serta petugas kabin Karim Tahir, Onn Jaafar, Sharifah Sidah Syed Mohamad, Azian Borhanuddin nahas juga turut mengorbankan seorang usahawan Jepun Tomio Gotto dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya. Tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa orang kenamaan antaranya Menteri Pertanian Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera Datuk Khalid Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Abu Bakar Othman Merican. Dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban tanpa ada seorang pun yang terselamat dalam pesawat tragis tersebut. Mayat-mayat mangsa nahas pesawat MH653 disemadikan bersama di satu kawasan khas yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru setelah mendapat persetujuan ketua-ketua pelbagai agama.
Memorial Tugu Peringatan Tanjong Kupang, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Kawasan tragedi pesawat MH653 itu kini diletakkan di bawah kawalselia Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus dan menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Sebuah memorial Tugu Peringatan Tanjong Kupang di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru telah dibina sebagai usaha untuk memperingati mereka yang terkorban dalam tragedi menyayat hati. Tragedi menyembunyikan dan meninggalkan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab. Al-Fatihah dan takziah buat mangsa-mangsa serta keluarga nahas pilu tragedi 4 Disember 1977.
Pelbagai Teori Rampasan Pesawat :-
- Rampasan dikatakan didalangi gerila Tentera Merah Jepung (JRA). Namun keterlibatan kumpulan itu dinafikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Ghazali Shafie.
- Rampasan turut dikaitkan dengan anggota militan Vietnam kerana sebelum itu Singapura telah menahan 3 orang militan Vietnam yang merampas pesawat DC3 Air Vietnam.
- Rampasan oleh pemberontak Cuba yang merancang khianat terhadap duta Mario Garcia dan duta-duta Cuba lain di seluruh dunia.
- Terdapat spekulasi menyatakan kedua-dua juruterbang MH653 ditembak mati sebelum pesawat terhempas.
Friday, December 3, 2010
PiLot Di DaRat..
Berbalik kepada topik pilot di darat, agak pelik bunyinya. Jika pemilik kapal terbang di darat (rujuk entri ini atau link ini) sudah tidak pelik masa kini, maka pilot di darat juga tidak menjadi kepelikan meskipun rutin utama pilot adalah di awan biru. Jika bergelar pilot di udara, anda seharusnya dan pasti berada di ruangan cockpit untuk menerbangkan pelbagai jenis pesawat. Risikonya amat tinggi kerana anda bukan sekadar mempertaruhkan nyawa sendiri nun jauh di awan biru tetapi juga nyawa penumpang-penumpang terutama pilot yang menerbangkan pesawat komersial. Bagaimana pula dan apa perbezaannya dengan tugas pilot di darat? Jawapannya, perhatikan gambar pesawat yang disertakan dalam entri ini secara teliti.