Pages

Friday, July 30, 2010

JeTStaR 1 DaY TRip KUL-SIN-KUL ..

Pada 24 July lepas aku ke Kota Singa utk 1 day short trip atas sebab urusan singkat. Pada awalnya ingin ke sana menggunakan perkhidmatan AirAsia, namun hati beralih arah mencuba menggunakan penerbangan Jetstar. Ya, ternyata agak berbaloi dgn price yg agak murah sedikit berbanding AirAsia for return KUL-SIN-KUL. Berbeza dgn AirAsia yg beroperasi di LCCT, penerbangan berlepas Jetstar pula adalah beroperasi di KLIA Terminal Satellite.

Pada pagi sabtu, aku menaiki bas Airport Coach ke KLIA dgn tambang RM10 dari KL Sentral. Plan asal utk tiba awal di KLIA adalah ingin lepak di Anjau Tinjau, namun pada hari tersebut sekitar Anjau Tinjau ditutup disebabkan berlangsung satu event. Sampai di Terminal Main aku terus ke row M utk checkin di kaunter M16, ternyata agak ramai penumpang yg sedang Q rata-rata foreigner, Singaporeans serta warga Malaysia.

Selesai urusan checkin, aku ke balai berlepas antarabangsa dan bagi pemegang passport Malaysia, urusan pemeriksaan imigresen agak mudah serta cepat dgn menggunakan mesin kiosk tanpa perlu melalui kaunter. Sebelum menaiki train utk ke Terminal Satelitte, pantang je nampak aircraft model menarik aku pasti snap picture utk koleksi dan model MAS B747-400 "Kota Bharu" big scale yg masih dipaparkan menjadi sasaran. Aku suka sgt model big scale MAS ni, yg paling utama sebab ada "Kota Bharu", my hometown. Terdapat juga lain-lain model airlines big scale yg dipaparkan di situ seperti AirAsia, Vietnam Airlines, Royal Brunei, Etihad, Qatar Airways, China Southern dan sebagainya.

Sesudah itu terus menaiki train ke Terminal Satellite utk menuju ke balai berlepas gate C23, namun sebelum itu aku sempat meninjau suasana pemandangan sekitar KLIA Jungle Boardwalk. Boarding time semakin hampir dan aku terus ke gate C23 utk penerbangan pesawat A320-232 Jetstar 3K686 KUL-SIN rego 9V-JSA yg berlepas sekitar jam 14:40 dan tiba di Terminal 1 Changi Airport sekitar jam 15.55. Seperti diramalkan, penumpang sememangnya penuh dan duduk di sebelah seat 4C aku adalah pasangan mat salleh warga Australia. Sesudah sampai di Terminal 1, aku terus ke kaunter imigresen utk pemeriksaan passport namun tidak selancar urusan di KLIA, kerana aku terpaksa Q hampir 30 minit disebabkan penumpang antarabangsa yg baru tiba agak ramai berpusu-pusu di kaunter pemeriksaan imigresen Terminal 1.

Selepas pemeriksaan imigresen, aku menemui rakan yg berada di Singapore yg telah menanti di balai ketibaan Terminal 1 utk berurusan. Short trip 1 day ke Singapore kali ni aku byk habiskan masa sekitar Changi Airport kerana sebelum ini aku pernah bersiar-siar melawat Singapore. Changi Airport mempunyai 4 terminal iaitu Terminal 1, 2, 3 dan Terminal Budget yg setiap satunya dikhususkan utk penerbangan mengikut airlines dan region yg mana setiap Terminal dihubungi dgn Changi Skytrain. So aku ke Terminal 2 sekadar meninjau-ninjau dan lepak pekena Burger King sementara menanti penerbangan balik ke KL pada sebelah malam. Changi Airport masa kini dalam proses pengubahsuaian dan menaiktaraf kerana Changi memang terkenal antara Airport paling sibuk di rantau Asia. Lepak di sekitar Changi Airport amat seronok kerana pelbagai jenis pesawat dari kecil hingga besar dpt diperhatikan dan antara yg paling best dapat perhati pesawat jumbo A380 milik SIA dan Qantas.

Rasa sekejap je lepak di Changi Airport, hari semakin senja dan waktu penerbangan balik Ke KL semakin hampir. Aku ke kaunter Terminal 1 utk checkin, namun dilaporkan pesawat Jetstar mengalami kelewatan sedikit dari jadual asal. Sepatutnya penerbangan berlepas jam 19:40 namun ditunda ke jam 20:30. Sementara menanti pesawat, aku meninjau terlebih dahulu kedai-kedai dlm balai berlepas dan juga pesawat-pesawat di sekitar Terminal serta surfing di kiosk internet yg disediakan. Sememangnya dua tiga penerbangan Jetstar pada mlm itu agak delayed, antaranya penerbangan SIN-BKK selain SIN-KUL. Jadual asal, sepatutnya pesawat aku berlepas di gate C16 namun ditukar ker gate C18. Akhirnya, penerbangan pesawat A320-232 Jetstar-Valuair 3K687 SIN-KUL rego 9V-VLE selamat berlepas sekitar jam 20:30 dan tiba di KLIA sekitar jam 21:30.

No comments: