Pages

Monday, June 21, 2010

FIFA WC2010 (GF) - ITALIA vs NeW ZeALanD

Haiyaa..rugi woo Itali talak menang..bro chinese yg duk sebelah "letak" predict Italia menang 2-1 mengeluh. Bro chinese tu kalau prediction dia mengena confem manyak senyum mau-mau untung 6x ganda, tp final wisel game draw 1-1 so rugi modal sekali ganda. Aku plak predict Italia menang 2-0, tp takda la aku nk "letak-letak" ni sbb masih ingat soal halal haram. Kali ni layan 2nd game Italia vs New Zealand main @ McD sambil pekena set large big mac + sundee eskrem semata-mata nak dptkan gelas purple coca-cola FIFA WC2010 edisi "strike". Design gelas ni simple n menarik, ala-ala shape trofi world cup je. Agak penuh geng-geng penyokong d' azzurri lepakin @ McD. Memang best layan @ McD, official restaurant for FIFA WC2010 n lagi-lagi screen HD, so memang mantap n cerah mata tengok.

Malangnya, cam 1st game dgn Paraguay last week Italia ketinggalan satu goal selepas 7 minit kick off. Melalui hantaran bola free kick, tolakan mudah Shane Smeltz minit ke-7' berjaya menewaskan goalkeeper Federico Marchetti, meskipun kedudukan Smeltz kelihatan seakan-akan offside. Agak mengejutkan gol awal New Zealand, dlm keadaan corak permainan yg dikuasai oleh Italia. Namun serangan bertali arus oleh Italia ke kubu New Zealand membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti gara-gara kesilapan Tommy Smith yg sengaja menarik baju menjatuhkan Daniele De Rossi dlm kotak penalti. Vincenzo Iaquinta yg mengambil sepakan penalti tidak mensia-siakan peluang menyamakan kedudukan minit ke-29' menjadikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat 1st half.

Aksi 2nd half begitu rancak dgn Italia yg tanpa henti menyerang utk mencari goal kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pencabar utama n seterusnya utk menjuarai group F, manakala aksi New Zealand pd 2nd half hanya bermain secara bertahan utk mengekalkan keputusan seri. Aksi mendebarkan serangan team Italia n sesekala serangan New Zealand memburu gol kemenangan hingga tiupan final wisel membuatkan aku serta bro chinese sebelah tak senang duduk. Akhirnya permainan berkesudahan keputusan seri, kedua-dua team mengumpul 2 mata masing-masing n masih berpeluang utk mencuri slot ke round of 16. Cabaran Italia akan berterusan utk 3rd game peringkat group vs Slovakia pd 24 June ni n selaku penyandang juara World Cup 4 tahun lepas edisi di Germany, Italia perlu menang dgn kelebihan gol yg selesa pd game terakhir utk menjuarai group F seterusnya layak ke round of 16.

WC 2010 Group F : Italia 1 - 1 New Zealand

No comments: