Pages

Friday, October 10, 2008

BiJaK aGaR tiDak diPiJak..

Selamat bersidang, untuk penentuan masa mendatang.

Konsep demokrasi yang dijulang tinggi memberi peluang kepada setiap ahli sesuatu pertubuhan, organisasi, parti menyuarakan pandangan dan pendapat, menterjemahkan idea, mencalonkan sesiapa saja untuk apa jua jawatan yang difikirkan bersesuaian untuk digalas serta dipikul amanah dan tanggungjawab oleh mereka-meraka yang telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerimanya dengan sebesar kerelaan naiwaitu yang terpuji. Mereka-mereka juga layak di calon, berhak dan ingin membawa angin perubahan untuk membantu nasib agama, bangsa, tanahair melalui parti UMNO setelah gelodak parti mengalami rempuhan dan cabaran yang begitu hebat. Demokrasi sesuatu yang cukup mulia berbanding legasi.



Presiden bagai di ibarat ketua keluarga, iaitu suami yang bertanggungjawab menjaga keharmonian dan mengurus institusi keluarga sebaik mungkin. Timbalan Presiden pula boleh diibaratkan sebagai isteri yang mempunyai kuasa kedua terpenting dalam keluarga yang mana juga bertanggungjawab turut membantu memberikan sokongan, dorongan, pertolongan nasihat atau kudrat berganding sama bersama suami memupuk kesejahteraan dan perjalanan pengurusan keluarga yang terurus. Presiden-Timbalan Presiden perlu berganding susah senang bersama-sama bertanggungjawab membina asas kekuatan parti. Andai Presiden leka, Timbalan Presiden harus peka. Maka buatlah keputusan yang paling bijak agar UMNO-Melayu suatu masa tidak akan mati pupus terpijak.

No comments: