Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafas ku
Hitam putih di hidup ku
Jalani takdir ku
Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun
Yang dicintakan pergi
Yang didambakan hilang
Hidupkan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata
song by opick & amanda - maha melihat (OST sinetron manohara)
soundtrack sinetron Manohara, kisah kontroversial Cik Puan Temenggung Kelantan yang telah disinetronkan. seringkali pandangan mata insan bergelar manusia dibutakan oleh mata hati dan sesungguhnya manusia tetap tewas kepada Allah yang Maha Melihat..
Friday, July 31, 2009
MaHa MeLiHat..
Tuesday, July 21, 2009
SinGaPOre ToUr..
Badan aku penat masih bisa utk aku gagahi, namun bila minda n otak aku penat terpaksa aku tanggung hadapi sebaiknya sebab aku sendiri yang memahami diri aku n bukannya orang lain. Bulan Julai aku ingat bisa aku merehatkan badan, minda n otak tetapi last week aku terpaksa hadiri kursus The 7 Habits of Highly Effective People selama 3 hari anjuran Group HR company aku. Selang sehari tamat kursus, Jumaat lepas aku kena outstation pula bersama rakan sekerja mengendalikan sesi discussion n training system utk client di Kota Tinggi, Johor. Minggu yg cukup memenatkan bagi aku. Terlanjur aku ke Kota Tinggi, Johor aku bersama rakan sekerja planning ke Singapore setelah selesai outstation kerana aku ingin sgt merehatkan minda aku yg cukup kepenatan. Seawal pagi Jumaat selepas subuh kami bertolak ke Kota Tinggi dan setelah selesai sesi training hampir jam 9 mlm kami terus ke JB bermalam di sana. Keesokkan pagi Sabtu setelah breakfast, kami ke stesen bas Larkin Sentral utk menaiki bas terus ke Singapore.


Aku bersama rakan menaiki bas SBS Transit ke stesen Kranji, namun terlebih dahulu bas berhenti di Checkpoint Woodlands utk pemeriksaan Imigresen. Sesudah sampai di Kranji, kami menaiki MRT/LRT North South Line menuju ke stesen City Hall melalui laluan Woodlands, Yishun, Braddell, Orchard, Somerset. Sampai di sana kami sempat window shopping di Raffles City Shopping Centre seterusnya walk distance melalui flea market Fu Lu Shou Complex menuju ke Sim Lim Square, pusat barangan elektrik n komputer terkenal di Kota Singapore. Harga barangan elektrik di sini seperti kamera agak murah berbanding harga di pasaran Malaysia. Kami singgah lunch Burger King di Burlington Square sblm menuju menaiki MRT/LRT East West Line di stesen Bugis utk ke Raffles Place. 








Setelah waktu hampir senja, kami kembali menaiki MRT/LRT di stesen Raffles Place menuju stesen Bugis utk menikmati hidangan Murtabak Singapore tersohor di restoran Singapore Zam Zam berhampiran Masjid Sultan. Murtabaknya not bad n big, kami mencuba rasa murtabak daging n ayam dgn harga bagi sebiji murtabak 5SD namun begitu mengenyangkan. Alhamdullilah. Sesudah selesai semuanya, kami menaiki MRT/LRT East West Line di stesen Bugis utk menuju ke stesen Kranji melalui Jurong East interchange n sesudah sampai di stesen Kranji sementara menunggu bas SBS Transit aku sempat shopping berhampiran kedai The Fashion. Satu je aku terpaksa puji tentang Singapore di mana sistem pengangkutan awamnya cukup efisien n efektif memudahkan gerak urusan orang awam n pelancong serta kesedaran sivik yg tinggi pemandu-mandu di jalan Kota Singapore. Kami sampai sekitar hampir tgh mlm di JB, percutian yg cukup membuatkan minda aku benar-benar perlukan masa berehat. Keesokkan ahad selepas lunch, aku berangkat pulang ke kota metropolitan KL.
Tour De' Singapore 18 July 2009..
Thursday, June 25, 2009
SoUTh - NoRTh ToUr..
Region South
Bersama-sama 5 orang lagi rakan sekerja dari HQ kali ini, kami bertolak pada 15 Jun dengan penerbangan seawal jam 7 pagi dari KLIA ke Johor Bahru untuk sesi slot pertama Re-Training bagi region South melibatkan penyertaan hampir 13 estate dan mill dari Johor, Melaka, Selangor, Pahang dan Terengganu antaranya Telok Sengat, Sedili/UM, Sungai Jenih, Bebar, LTT Terengganu/Solandra, Chamek, Kulai Young, Bukit Keledek, Connemara, Bekoh, Telok Sengat Mill, Biotherm dan Sungai Jernih Mill yang berlangsung di Hotel Goodhope dari 15 Jun sehingga 17 Jun.



Semasa berada di sana, kami telah diraikan oleh Manager Kulai Young yang menjadi pegawai rasmi sesi Re-Training bagi region South. Pada waktu kelapangan sebelah malam pula selepas selesai sesi Re-Training, kami telah di bawa menjamu selera masakan steamboat di Taman Pelangi, menikmati keindahan persekitaran Danga Bay serta bandaraya Johor Bahru.

Sesi Re-Training bagi region South berakhir pada sebelah tengahari 17 Jun dan pada hari yang sama juga kami berangkat meninggalkan Johor Bahru dari airport Senai dan tiba di KLIA untuk transit bagi penerbangan ke Penang pada sebelah lewat petang. Kami tiba di airport Bayan Lepas hampir senja dan menuju ke Sungai Petani, Kedah kerana sesi Re-Training bagi region North berlangsung di Hotel Swiss Inn.
Region North
Setibanya kami hampir malam di Hotel Swiss Inn, kami telah diraikan oleh Manager serta Assistant Manager Kuala Muda yang menjadi pegawai rasmi sesi Re-Training bagi region North. Slot kedua Re-Training bagi region North ini melibatkan penyertaan hampir 10 estate dan mill dari Kedah, Penang, Perak dan Kelantan antaranya BMR Bukit Mertajam, Malakoff, Stothard, Batu Pekaka, Kuala Muda, Malaya, TRP Taiping, Lepan Kabu, Lepan Kabu Mill dan Trong Mill berlangsung dari 18 Jun sehingga 20 Jun.




Di Sebelah malam setelah selesai sesi Re-Training, kami sempat mencuba fast food keluaran bumiputera HPA yang agak famous di sebelah utara iaitu RFC (Radix Fried Chicken) di lot premis berhampiran dengan Village Mall Sg. Petani. Agak menyelerakan hidangan RFC dengan ayam goreng herbs yang agak istimewa dan juga kopi Radix. Suatu inisiatif yang begitu membanggakan hasil keluaran bumiputera dan mempunyai prospek cerah serta mampu berdaya maju.

Kami berangkat pulang meninggalkan Sungai Petani menuju airport Bayan Lepas, Penang pada sebelah pagi 20 Jun dan selamat sampai sekitar tengahari di KLIA. Selesai dan lengkap sudah siri jelajah sesi Re-Training BIT-BEA PIMACS program bagi region Sarawak dan Sabah pada pertengahan bulan Mei yang lepas serta semenanjung region South dan North untuk semua estate dan mill milik Boustead.
Thursday, June 11, 2009
PaDa Mu Ku berSuJud..
| Afghan - Pada Mu K... |
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama Mu Ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salah ku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempat ku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba Mu yang selalu bertakwa
Ampuni ku Ya Allah
Yang Sering melupakan Mu
Saat Kau limpahkan karunia Mu
Dalam sunyi ku bersujud
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salah ku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempat ku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba Mu yang selalu bertakwa
Ampuni ku Ya Allah
Yang Sering melupakan Mu
Saat Kau limpahkan karunia Mu
Dalam sunyi ku bersujud
Kau tempat ku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba Mu yang selalu bertakwa
Ampuni ku Ya Allah
Yang Sering melupakan Mu
Saat Kau limpahkan karunia Mu
Dalam sunyi ku bersujud
Pada Mu
song by afghan - pada mu ku bersujud
menitis airmata ku menginsafi sebenarnya hanya pada Mu ku sujud pinta kebahagiaan di sini jua di sana yang hakiki...
Thursday, May 28, 2009
SiBu - SaNDakAn ToUr..
Region Sarawak
Kami bertolak pada 10 Mei menuju Sibu terlebih dahulu untuk sesi slot pertama Re-Training bagi region Sarawak melibatkan penyertaan hampir 11 estate dan mill antaranya Sungai Lelak, Bukit Limau, Loagan Bunut, Kelimut, Maong, Jih, Pedai, Bawan, Mapai, Kanowit Mill dan Loagan Bunut Mill yang berlangsung di Hotel Kawan dari 11 Mei sehingga 14 Mei. Sebelum berangkat meninggalkan Sibu menuju Sandakan, kami sempat mendapatkan beberapa ole-ole antaranya cenderamata kraftangan Sarawak, ikan terubuk masin, kek lapis sarawak serta lada hitam yang sememangnya terkenal di Sibu sebagai pengeluar utama yang asli.
Region Sabah



Setelah sesi slot region Sarawak selesai, awal pagi 15 Mei kami bertolak dari Sibu menuju Sandakan. Kami transit di Bintulu dan Kota Kinabalu terlebih dahulu dan tiba di Sandakan pada sebelah tengahari. Sesi slot kedua Re-Training bagi region Sabah pula diadakan di Hotel Sandakan berlangsung dari 16 Mei sehingga 19 Mei. Bagi region Sabah penyertaan melibatkan hampir 15 estate dan mill antaranya Nak, Resort, Sutera, Sungai Sungai 1, Sungai Sungai 2, Kawananan, Lembah Paitan, Ladang Tabung Tentera Sabah, Sungai Segamaha, Bukit Segamaha, Segaria, Nak Mill, Rimba Nilai Mill, Segamaha Mill dan Segaria Mill.
Ole-Ole Sandakan
Berkunjung ke Sandakan tidak lengkap sekiranya tidak membawa pulang ole-ole setempat. Sandakan sememangnya terkenal dengan hasil-hasil laut yang cukup segar selain kristal dan mutiara. Pada awal pagi sekitar jam 5 di hening subuh, kami berkunjung di sekitar tempat pendaratan bot-bot nelayan berhampiran Pasar Umum Sandakan untuk melihat sendiri aktiviti nelayan dan pemborong berurusan jual beli hasil-hasil laut segar seperti ikan-ikan besar, sotong, ketam yang baru di bawa naik ke darat. Kami juga tidak ketinggalan untuk memborong ikan-ikan besar dengan harga yang cukup murah berbanding dengan semenanjung. Kami juga ke Pasar Tanah Merah tidak jauh dari pekan untuk mendapatkan udang terus dari nelayan dengan harga yang cukup memuaskan. Selain hasil laut yang basah, bahan kering seperti udang kering, bilis, kuih cincin, teh sabah juga di borong kami. Tidak lengkap juga sekiranya tidak membeli ole-ole kristal atau mutiara untuk orang tersayang. Menariknya, pelbagai aneka rekabentuk kristal dan mutiara yang di jual dengan harga cukup berpatutan di tingkat atas Pasar Umum Sandakan dan tidak sah kalau tidak mendapatkannya.





Kami berangkat balik dari Sandakan pada 20 Mei dan selamat sampai sekitar petang di KLIA. Selesai sesi Re-Training bagi region Sarawak dan Sabah, pertengahan bulan Jun pula menanti sesi jelajah untuk semenanjung bagi region South dan North.
Sunday, May 10, 2009
IBU : Inspirasi Buat Ummah..

Buat Ma (Norizan Abdul Ghani) yang mengandung dan melahirkan ku, buat nenek yang ku gelar Mak (Zainab Husain) yang menjaga dan membesarkan ku sejak kecil lagi, sekalung terima kasih sebesar-besar nilai atas pengorbanan dalam menjadikan ku seorang insan di bumi Allah ini. Aku amat bersyukur memiliki Ma dan Mak dalam hidup ku, harta yang paling bernilai buatku di dunia dan akhirat.
Thursday, April 30, 2009
AL-FaTihah : gEnap 2 taHun..










Bersemadilah arwah tok ayah datuk ku tersayang..
Allahyarham Dato' Hj Abdul Ghani B. Abu Bakar (22 Feb 1932 - 30 Apr 2007) Al-Fatihah..
Sunday, April 26, 2009
FiNal PiaLa FA 2009 : KeMenanGan BoLaSepak MaLaYsia

Kesudahan aksi dramatis penuh mendebarkan antara Kelantan dan Selangor, Piala FA akhirnya menjadi milik Red Giants selepas mencatat kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas berakhirnya 120 minit masa permainan seterusnya mengecewakan pasukan Red Warriors.






Untuk Selangor tahniah diucapkan menjulang kejuaraan, buat Kelantan tahniah dizahirkan kerana mencerminkan aksi menghiburkan dan buat seluruh peminat kedua-dua pasukan tahniah dianugerahkan kerana andalah menghidupkan kemeriahan bolasepak negara. Inilah sejarah kemenangan buat bolasepak Malaysia.


