Penerbangan pesawat siri B737-800 ini adalah sebagai langkah polisi penukaran pesawat secara berperingkat bagi laluan domestik bagi menggantikan pesawat lama sedia ada siri B737-400. Selain sektor KBR, laluan domestik lain yang telah menggunakan pesawat B737-800 adalah BKI, KCH, JHB, KUA, TGG, PEN, AOR dan LGK. Pada 4 Februari 2012 lalu, penerbangan MH1384 pesawat siri baru B737-800 rego 9M-MXE (New Boeing Sky Interior) telah mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Manakala pada 11 Februari 2012, aku turut mengikuti penerbangan KUL-KBR MH1384 dengan pesawat B737-800 rego 9M-MLJ.
Monday, February 20, 2012
MaLaYsia AirLineS : PeSaWat B737-800 BerOPeraSi Ke KoTa BhaRu..
Penerbangan pesawat siri B737-800 ini adalah sebagai langkah polisi penukaran pesawat secara berperingkat bagi laluan domestik bagi menggantikan pesawat lama sedia ada siri B737-400. Selain sektor KBR, laluan domestik lain yang telah menggunakan pesawat B737-800 adalah BKI, KCH, JHB, KUA, TGG, PEN, AOR dan LGK. Pada 4 Februari 2012 lalu, penerbangan MH1384 pesawat siri baru B737-800 rego 9M-MXE (New Boeing Sky Interior) telah mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Manakala pada 11 Februari 2012, aku turut mengikuti penerbangan KUL-KBR MH1384 dengan pesawat B737-800 rego 9M-MLJ.
Friday, January 20, 2012
AirAsia X : New DesTinaTion SYdneY (SYD)
AirAsia X on 17th Jan 2012 announced it will launch daily flights for a new destination sector Kuala Lumpur, Malaysia to/from Sydney, Australia nonstop service start on 1st Apr 2012. The service will run on an Airbus A330 and service to begin 1st Apr 2012 from Kuala Lumpur (KUL) (flight# D7222, departure KUL2340 – arrived 0945+1SYD) and 2nd Apr 2012 from Sydney (SYD) (flight# D7223, departure SYD1055 – arrived 1730KUL) .
AirAsia X is offering one way introductory all in fare from RM999 for Premium class and RM199 for Economy class, travel period on 1st Apr 2012 till 30 Jun 2012. AirAsia X will be flying to Sydney, Australia for the first time.
Visit AirAsia for more details and booking @ www.airasia.com
Tuesday, January 17, 2012
MaLaYsia AirLineS : "MissiNG YoU" SurPrise FlasH MoB @ KLIA
Credit video to Malaysia Airlines.
Sunday, January 15, 2012
ZAC : AirAsia A320-216 (9M-AFY)
Sunday, December 25, 2011
BNM : WanG KerTas MaLaYsia SiRi BahaRu 2012..
Bersempena perasmian keluaran siri terbaharu ini, BNM telah memperkenalkan pek edisi terhad wang kertas peringatan yang telah ditawarkan kepada umum mulai 22 Disember 2011 terdiri dari pek set penuh (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100) terhad kuantiti 50,000 unit pada harga RM300, set dalam 1 (RM20) pada harga RM15 dan set dalam 2 (RM1 & RM5) pada harga RM15 masing-masing terhad kuantiti 500,000 unit.
Aku tidak melepaskan peluang mendapatkan set-set yang ditawarkan meskipun terpaksa beratur panjang hampir 2 jam di BNM Kuala Lumpur semata-mata tidak mahu ketinggalan antara pemilik terawal memiliki siri terbaharu wang kertas Malaysia ini. Agak bertuah mempunyai koleksi set wang kertas peringatan ini dengan set penuh SN : AA0011489, set dalam 1 SN : AA0074104 dan set dalam 2 SN : AA0249959.
Wang kertas siri keempat terbaharu ini secara spesifikasi teknikal adalah keluaran dalam denominasi RM1 (substrat - polimer, ukuran - 120mm X 65mm, warna - biru), RM5 (substrat - polimer, ukuran - 135mm X 65mm, warna - hijau), RM10 (substrat - kertas, ukuran - 140mm X 65mm, warna - merah), RM20 (substrat - kertas, ukuran - 145mm X 65mm, warna - jingga), RM50 (substrat - kertas, ukuran - 145mm X 69mm, warna - hijau-biru) dan RM100 (substrat - kertas, ukuran - 150mm X 69mm, warna - unggu).
Wang kertas RM100 : Keajaiban Alam Semula Jadi. Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.
Sumber : Bank Negara Malaysia
Monday, November 28, 2011
MaLaYsia Air FestiVaL 2011 @ SkyPark SuBanG..
Sejarah penerbangan di Malaysia sewaktu itu Malaya bermula apabila GP Fuller mendarat dgn pesawat Antoinette Monoplane di lapang lumba Jalan Ampang (kini tapak KLCC). Penerbangan komersial di Malaya pula bermula tahun 1924 apabila pesawat Fokker FV11 mendarat di Alor Star, Kedah.
Jadi tidak menghairankan selama dua hari berturut-turut aku berpayung panas dan hujan mengunjungi Malaysia Air Festival 2011 kerana penerbangan itu suatu kebebasan yang penuh dengan cabaran. So next year my target visit Singapore Air Show 2012 at Changi. InsyaAllah.
Thursday, November 24, 2011
Firefly's Flymail Sign up & Win Contest Winner..
Tuesday, September 13, 2011
Malaysia Airlines, AirAsia In QPR Jersey Sponsorship Deal..
Wednesday, August 24, 2011
SaLaM AiDiLFitRi 1432H/2011M
Salam Ikhlas,
Izarul Azman Ibrahim.
Wednesday, August 10, 2011
ZeMe @ KoSMo ReFLeks 10/08/2011..
Friday, July 22, 2011
YBM Ku Li : PeLanCaraN AnGkaTan AmaNah MerDeka (AMANAH)
2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik. Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita. Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.
3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan. Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau ‘model’ negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi – sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari – tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar.
4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau.
5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan.
6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: “Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan”. Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata: “Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri”. Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata “Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar”. Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, ‘Berhentilah! Cukuplah’! Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu.
7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: “Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain – Melayu, Cina, Indla, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi – Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia...”
8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita – dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.
9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan. Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris ‘OIC’). Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia. Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain untuk mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.
10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini: Saya pernah berkata, “Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tengku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka. Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut. Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka. Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan. Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka?
11. “Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Kambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah. Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luarbiasa. Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot.” Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas.
12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas.
13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini.
14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, “dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini.
15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar – mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini – mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu ‘di-remodel’ sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan ‘’Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu’. Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara.
16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu – demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ‘komunalis’, yakni kaum yang bersikap perkauman. Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang ‘Islamik’ mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya). .
17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.
18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai misi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakkan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula. Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat ‘menjangkit’ ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini.
19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): “Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)”. Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita – usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.
20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia. Terima kasih.
Ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Di Majlis Pelancaran AMANAH, Hari Jumaat, 22 Julai 2011, 9.00 pagi di Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Pendaftaran Keahlian AMANAH : http://member.amanah.my/
Tuesday, June 14, 2011
Firefly's Flymail Super GT GiFT..
Monday, June 13, 2011
Firefly's Flymail Super GT Giveaway Winner..
To be claimed my gift immediatly by tomorrow or this Wednesday at Firefly's office MAS Complex A. I'll share my gift soon once I get it from Firefly.
Friday, June 10, 2011
MaLaYsia AirLines's 1st A380 Enters FiNaL AssEmbLY
Monday, June 6, 2011
MaLaYsia AirLines To Join ONEWORLD alliaNce
Photo credit to Malaysia Airlines (MH)
Friday, May 27, 2011
AiRAsia @ KidzAniA MD
Wednesday, May 18, 2011
MH ENricH Give FRee ExTra BoNus MiLes
- Free flights (redemption) and seat upgrades
- Enrich MYR 50 Vouchers for Temptation Inflight Shopping and excess baggage payment
- Access to our Golden Lounge (via Golden Lounge Vouchers)
Not an Enrich member?
Sign up with Enrich today and earn 2,000 welcome miles.
Sign up now
Already an Enrich member?
Update your Enrich profile and get 2,000 bonus miles.
Update now
Channel 2 : (Free 1,000 Enrich Miles)
Take part in the Postcards To Enrich Contest at http://www.postcardstoenrich.com and stand a chance to win 1,000,000 Enrich Miles. To take part, update your personal information, or sign-up for FREE if you are not a member. Terms and conditions apply. Visit website for more details.
You'll get an extra 1,000 Enrich Miles for FREE after click on button "UPDATE MY PROFILE AND GET 1,000 BONUS ENRICH MILES"
Thanks Malaysia Airline MH : http://www.malaysiaairlines.com